Jika Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki bintang import, Bergson Da Silva selaku pemain tumpuan, Terengganu FC (TFC) juga mempunyai ‘ayam tambatan’ mereka untuk final Piala FA, malam ini.
Namun, pemain tumpuan bagi skuad Penyu hanyalah anak muda tempatan bertubuh kecil, Faisal Halim kerana dia dilihat lebih menonjol dalam skuad Nafuzi Zain musim ini.
Berketinggian 1.58 meter (m), Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey bukanlah penumpang buat TFC, sebaliknya dia memainkan peranan penting terutama dalam perjalanan skuad Penyu ke final.
Pemain kebangsaan berusia 24 tahun itu mel3dak tiga gol dalam empat perlawanan aksi Piala FA musim ini termasuk menjaringkan gol penyamaan sebelum TFC menyingkirkan Selangor menerusi penentuan penalti di separuh akhir.
Meskipun bertubuh kecil, Faisal bukan sahaja mampu mel3dak jaringan, malah dia juga boleh menjadi perancang serta lincah dalam memperdaya pertahanan lawan.
Justeru, dia sudah pasti menjadi pemain yang berada dalam ‘senarai hitam’ barisan pertahanan JDT bagi aksi final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
sumber:- BH
Namun, Nafuzi dan barisan pemain TFC mungkin sudah merencana pelan B termasuk menggunakan s3njata rahsia lain sekiranya Faisal dikunci rapat skuad Harimau Selatan.