‘Aura’ seri menentang juara lapan kali Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) tempoh hari menjadi azimat kepada Selangor FC (SFC) untuk meraih kemenangan 3-2 menumpaskan Sabah malam tadi.
Pengendali sementara Selangor, Nidzam Jamil berkata, kesungguhan yang dipamerkan anak buahnya termasuk barisan kejurulatihan berjaya memastikan tiga mata penting berjaya dibawa pulang.
Nidzam berkata, kemenangan pertama selepas mengambil alih tugas daripada pengendali terdahulu Michael Feichtenbeiner penting bagi memastikan Selangor berada dalam kedudukan lebih baik di Liga Super.
“Perlawanan yang cukup bagus daripada kedua-dua pasukan kerana masing-masing meny3rang. Kemenangan akhirnya berpihak kepada Selangor hasil daripada kerja keras pemain dan barisan kejurulatihan.
“Saya akui apabila beraksi dengan pasukan lebih baik seperti JDT dan Sabah, sudah tentu barisan pemain akan mempamerkan aksi luar biasa kerana mengetahui lawan mereka cukup kuat.
“Selepas seri dengan JDT tempoh hari pemain terus bersemangat untuk mengekalkan momentum permainan dan sentiasa berusaha perbaiki kelemahan masing-masing,” katanya.
Pada perlawanan malam tadi menyaksikan Selangor berjaya memperolehi tiga mata selepas menewaskan Sabah FC dengan keputusan 3-2, dalam saingan Liga Super di Stadium Likas.
Pemain muda Selangor, Mukhairi Ajmal dan kapten pasukan, Brendan Gan masing masing menyumbang satu gol manakala jaringan kemenangan pula disempurnakan oleh Hein Htet Aung.
sumber:-HM
Gol tuan rumah pula dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar menerusi sepakan percuma dan satu gol lagi dihasilkan oleh pemain import, Jose Embalo.