sukan

Saya sedia kembali ke kancah bola sepak tempatan

Bekas ketua Jurulatih Harimau Malaya dan Kedah, Tan Cheng Hoe masih belum diikat oleh mana-mana pasukan seperti mana spekulasi bertiup kencang mengenai status beliau dalam aksi Liga Malaysia (Liga M).

Ini susulan terdapat beberapa spekulasi yang mengaitkan nama beliau dengan beberapa pasukan Liga M yang dilihat berminat mendapatkan khidmatnya bagi merancang kebangkitan semula dalam kancah musim ini dan musim depan.

Malah pengendali penuh pengalaman berusia 54 tahun dan pernah menjulang nama bersama skuad Kedah sejak 2014 hingga 2017 itu menjelaskan beliau masih belum terikat dengan mana-mana pasukan setakat ini.

“Setakat ini saya ‘anytime’, bila-bila masa sedia untuk berbincang dengan pasukan yang berminat.

“Ini boleh dilakukan sekiranya mendapat persetujuan antara kedua-dua belah pihak.

“Saya sedia untuk kembali semula ke kancah bola sepak tempatan dan saya kini bersedia,” katanya.

sumber:-HM

Beliau hadir ke Stadium Darul Aman semalam bagi mewakili pasukan bekas pemain-pemain bola sepak Kedah atau Legend Kedah yang beraksi dalam satu perlawanan persahabatan yang menyaksikan pasukan itu menang 2-1 ke atas pasukan Sinar yang turut diwakili artis-artis tempatan.