sukan

Teguran bintang import buat Penjaga gol TFC

Dia tidak boleh terlalu kecewa kerana semua orang buat kesilapan, saya buat kesilapan dan begitu juga pemain lain.

“Tetapi selepas melakukan kesilapan, apa yang penting bagaimana untuk bangkit kerana dari situlah kita akan lebih matang selepas belajar daripada pengalaman.”

Itu adalah nasihat pertahanan Terengganu FC (TFC) Pape Diakite kepada penjaga gol, Rahadiazli Rahalim supaya tidak terlalu kecewa di atas kesilapannya hingga menyebabkan skuad Penyu tewas di Pentas Final Piala FA, semalam.

Tambah Diakite, apa yang terjadi pada situasi gol ketiga Johor Darul Ta’zim (JDT) sememangnya memeritkan untuk diterima Rahadiazli namun mengingatkan kepada semua peminat, dia masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah.

Baginya, menang atau kalah adalah adat pertandingan dan semua pemain Terengganu akan terus memandang ke hadapan serta berikan tumpuan kepada pertandingan seterusnya seperti membvru posisi yang lebih baik di Liga Super.

Sebelum ke sini, dia (Rahadiazli) melakukan tugasan yang baik semasa di separuh akhir dan jangan lupa mengenai perkara berkenaan.

Dia masih berusia 20 tahun dan banyak lagi boleh dipelajari, tiada sesiapa yang perlu dipersalahkan kerana kami menang sebagai satu pasukan dan kalah sebagai satu pasukan.

“Apa-apa pun, ini pengalaman yang sangat berguna kepada kami malah ini adalah final pertama saya dan rasa sangat bertuah dapat melakukannya pada tahun pertama bersama Terengganu,” katanya.

Dalam perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, selepas Tchetche Kipre

merapatkan jurang pada minit ke-76, kesilapan Rahadiazli yang keluar terlalu awal membuka ruang kepada Bergson Da Silva meraih gol ketiga pada minit ke-78.

Jaringan itu nyata merentap semangat perjuangan Terengganu yang dalam misi memburu gol penyamaan bagi menghidupkan sisa-sisa peluang mengheret permainan ke masa tambahan.

Sementara itu, striker Terengganu, Tchetche Kipre, akui sentuhan penyudah JDT lebih baik pada perlawanan akhir dan mereka berhak dinobatkan selaku juara.

Striker berasal dari Ivory Coast itu juga idak menafikan sedikit kesal kerana gagal menyambar peluang keemasan pada minit 25 yang boleh mengubah corak perlawanan.

Sememangnya sangat sedih kerana apabila sampai ke peringkat akhir, kami main untuk menang dan bila gagal lakukannya, tiada apa yang boleh diperkatakan serta harus salahkan diri sendiri.

sumber:- HM

“JDT bermain sangat baik dan mereka manfaatkan peluang dan kami tidak, bagi saya mereka lebih laparkan kejayaan berbanding kami,” katanya.