sukan

Aiman mengakui belom puas

‘Nikmati perlawanan dan pergi agresif.’

Itu kata-kata azimat daripada pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menjadi pegangan bintang sedang meningkat, Arif Aiman Hanapi yang jelas menjadi ‘aset termahal’ negara ketika ini.

Pemain berusia 20 tahun itu mel3dak gol pembukaan untuk membantu skuad Harimau Selatan menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Terima kasih pada Tunku Ismail sebab kerana dia, saya ada di sini. Tunku Ismail selalu memberi motivasi kepada saya apabila menyertai pasukan utama.

Pada mulanya, saya tidak sangka boleh beraksi dalam kesebelasan utama kerana pasukan ini dibarisi pemain berkualiti. Memang saya fikir bahawa saya tidak mampu bersaing dan tidak percaya boleh beraksi dalam kesebelasan utama.

Saya selalu berpegang pada kata kata Tunku Ismail iaitu hanya pergi main agresif untuk setiap perlawanan yang dihadapi,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Selain membantu JDT merangkul Piala FA buat kali kedua, Arif Aiman turut dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan akhir.

Namun, kemuncak prestasi yang sedang dinikmati pemain kebangsaan ini sama sekali tidak membuatkan dia ‘besar kepala’ apabila mengakui dia belum lagi berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan olehnya.

Saya sentiasa letakkan dalam diri saya untuk tidak pernah puas dalam setiap perlawanan kerana ada banyak lagi perlawanan untuk saya buktikan dan buat lebih baik.

sumber:- BH

“Saya hanya akan puas apabila saya rasakan diri saya boleh bermain lebih baik di peringkat antarabangsa, menang gelaran antarabangsa serta membawa JDT ke peringkat seterusnya dan lebih jauh dari sekarang,” katanya.