sukan

Malaysia bakal bertemu tuan rumah

SKUAD Harimau Malaya bakal berdepan Thailand pada aksi pertama bagi edisi ke-48 Piala Raja Thailand (48th King’s Cup) 2022 di Stadium Chiang Mai, Thailand pada 22 September ini.

Satu lagi perlawanan menyaksikan skuad Trinidad & Tobago berdepan Tajikistan di venue dan tarikh yang sama.

Jika berjaya menewaskan Thailand, skuad negara kendalian Kim Pan-gon, bakal mara ke pentas final dan sekiranya t3was, skuad negara bakal beraksi bagi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Kejohanan yang mula diadakan pada 1968 itu menyaksikan Thailand muncul selaku pemenang terbanyak piala berkenaan apabila merangkul kejuaraan sebanyak 15 kali

Skuad negara pula muncul juara sebanyak empat kali iaitu pada 1972 apabila menewaskan tuan rumah, Thailand, 1-0.

Pada edisi 1976 skuad negara berkongsi kejuaraan dengan Thailand setelah terikat 1-1 skuad negara terikat 1-1 pada aksi final sebelum sekali lagi berkongsi kejuaraan dengan Korea Selatan pada edisi 1977 setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Skuad negara akhirnya kembali muncul juara apabila men3waskan Singapura 1-0 pada edisi 1978 dan sekali gus menjadi kali terakhir memenangi piala berkenaan.

sumber:-SH

Untuk rekod, edisi 2019 lalu, skuad Curacao muncul juara dengan men3waskan Vietnam 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga tamat masa tambahan manakala India muncul pemenang tempat ketiga apabila menewaskan Thailand 1-0.