sukan

Pan Gon panggil beberapa pemain baru

Pemain tengah berpengaruh, Brendan Gan menjadi antara lapan pemain baharu dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan sebagai persiapan menghadapi kejohanan jemputan Piala Raja Thailand di Chiang Mai, minggu depan.

Dalam lapan pemain baharu terbabit, pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon turut memanggil tiga pemain skuad Harimau Muda iaitu penjaga gol, Rahadiazli Rahalim selain Azam Azmi Murad dan Mukhairi Ajmal.

Empat lagi pemain baharu adalah Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Sharul Nazeem Zulpakar, Zhafri Yahya dan juga Declan Lambert.

Secara keseluruhan, Pan Gon mengekalkan seramai 17 daripada 23 pemain skuad kebangsaan yang sebelum ini membawa Malaysia mara ke Piala Asia 2023 pada kempen kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun lalu.

Pan Gon turut menyenaraikan 16 pemain yang diletakkan dalam senarai bersedia jika terdapat perubahan dalam senarai 25 pemain terbabit.

Pemain negara akan turut menjalani latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermula Jumaat ini sehingga Isnin sebelum berlepas ke Chiang Mai.

sumber:- BH

Malaysia diundi berdepan tuan rumah, Thailand bagi aksi pertama pada 22 September sebelum dijadual bertemu sama ada Trinidad dan Tobago ataupun Tajikistan bagi aksi kedua, 25 September.