sukan

BAM bakal jalin kerjasama

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menggunakan semua peluang yang ada termasuk bekerjasama dengan pertubuhan di luar negara dalam memastikan misi membvru pingat emas pertama Olimpik dan menjulang Piala Thomas tercapai.

Presiden BAM Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria berkata, kerjasama dengan persatuan badminton negara lain cukup penting terutama membabitkan perkongsian dan pembangunan sukan berkenaan.

Beliau berkata, kerjasama dengan Persatuan Badminton Thailand (BAT) juga membolehkan Malaysia mencontohi mereka yang mampu melahirkan pemain terhebat terutama untuk kategori wanita.

“Ini sesuatu yang penting bukan saja buat BAM tetapi juga untuk pembangunan badminton di Malaysia yang mana kita dalam persiapan melengkapkan objektif meraih pingat emas pertama negara di Olimpik Paris 2024 dan juga memenangi Piala Thomas pada tahun sama.

“Kami akan menggalakkan pertukaran dan menjalin hubungan lebih rapat menerusi usaha menandatangani MoU (perjanjian persafahaman) bersejarah ini. Menerusi kerjasama menang-menang ini, kami akan mempunyai hubungan yang lebih komprehensif dan strategik,” katanya.

Sebelum itu, BAM dan BAT MoU dalam usaha melonjakkan lagi arena badminton antara kedua-dua negara ke tahap tertinggi.

sumber:-HM

MOU itu adalah situasi menang-menang bagi BAM dan BAT apatah lagi kedua-duanya mempunyai impian besar yang sama untuk menjadi kuasa dominan dalam badminton dunia termasuk meraih emas di Sukan Olimpik. Memorandum ditandatangani untuk tempoh dua tahun itu bakal menyediakan platform untuk hubungan strategik yang bakal membuahkan hasil dalam pelbagai aspek dari sains sukan dan latihan atlet, jurulatih dan pegawai.