sukan

Bintang MU tetap jadi rebutan

Manchester United dijangka bakal menerima satu lagi bidaan daripada Arab Saudi untuk mendapatkan peny3rang veteran, Cristiano Ronaldo.

Peny3rang Portugal berusia 37 tahun itu berusaha mencari jalan keluar dari Old Trafford pada musim panas ini dengan misi beraksi di Liga Juara-Juara.

Namun tawaran benar-benar konkrit hanya datang daripada juara Arab Saudi, Al Hilal walaupun pencabar tradisi mereka, Al Nassr turut berminat dengan Ronaldo.

Ketika perpindahan ke Timur Tengah tidak termasuk dalam perancangan Ronaldo ketika itu, kelab-kelab di sana masih terus memantau perkembangannya.

Mereka sedia berbelanja lumayan sama ada pada Januari atau musim panas depan bagi mengubah pendirian Ronaldo yang mempunyai kontrak di Old Trafford sehingga tamat musim manakala kelab mempunyai pilihan untuk melanjutkannya 12 bulan lagi.

sumber:-HM

Ronaldo hanya sekali tampil dalam kesebelasan United sepanjang enam aksi Liga Perdana musim ini dan gagal menyerlah ketika menentang Real Sociedad minggu lalu.