sukan

Dollah tekad bangkit setelah kekalahan berturut-turut

Datuk Dollah Salleh tuntut pemain Sri Pahang FC bangkit mencatat kemenangan selepas tewas dalam dua perlawanan berturut-turut di saingan Liga Super.

Lebih-lebih lagi, dua kekalahan itu berlaku di halaman sendiri ketika kutipan mata ditagih dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam liga musim ini.

Saya lihat apabila beraksi di tempat sendiri (Stadium Darul Makmur) kita susah untuk menang dan ia berlaku ketika tewas kepada Kuala Lumpur City FC (KL City) dan Terengganu FC (TFC).

Ini kerana baki tiga daripada empat perlawanan liga akan berlangsung di Kuantan dan sudah pasti kita mahu menang di tempat sendiri.

Oleh itu, berdepan Sarawak United FC di Stadium Negeri pada 1 Oktober depan, diharap berpihak kepada Sri Pahang sebagai motivasi biarpun beraksi di tempat lawan.

“Saya harap momentum kemenangan yang dipamerkan beberapa perlawanan sebelum ini dapat diterjemahkan pemain,” katanya.

Kelmarin, skuad Tok Gajah tewas 0-2 kepada KL City dan sebelum ini pada 21 Ogos lalu, TFC menewaskan Sri Pahang 2-1.

Kekalahan itu menyaksikan skuad Tok Gajah kekal berada di kedudukan ketujuh dengan mengutip 21 mata daripada 18 perlawanan.

Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, anak buahnya perlu bangkit untuk kembali mempamerkan prestasi terbaik mereka.

sumber:- HM

“Kita tidak boleh lagi kehilangan mata jika mahu menduduki tempat terbaik sebaik liga berakhir,” katanya.