sukan

Isu tunggakan gaji belum selesai

Nampaknya peminat bola sepak tanahair terutama penyokong Sarawak United kebingungan selepas seorang pemain kelab itu mengakui tunggakan gaji belum dijelaskan sepenuhnya oleh pengurusan pasukan.

Menerusi pendedahan dibuat tonggak pertahanan Sarawak United, Raja Imran Shah di laman story Instagram miliknya mengakui tunggakan gaji selama empat bulan itu tidak dibayar habis.

“Tak ‘settle full’ pun?,” tulis Raja Imran sekali gus mempertikaikan kenyataan media Sarawak United yang kononnya sudah melunaskan tunggakan gaji pegawai dan pemain pasukan terbabit empat hari lalu.

Berdasarkan kenyataan media kelab itu pada Jumaat lalu, Presidennya Datuk Posa Majais mengesahkan sudah membayar tunggakan gaji pemain.

sumber:-HM

“Sarawak United telah melunaskan tunggakan gaji pegawai dan pemain dengan jayanya. Selamat maju jaya kepada pasukan SUFC (Sarawak United FC). Sekian terima kasih,” kata Posa.