sukan

Kejadian tak disangka berlaku pada perlawanan akhir Piala FA

Satu kejadian mencuit hati berlaku selepas gigi palsu seorang penyokong Terengganu FC (TFC) tersembur ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara pasukan itu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Insiden itu tercetus selepas penyokong terbabit dipercayai tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan sekali gus mencetuskan insiden yang mengundang ketawa itu.

Situasi itu dikongsi oleh seorang pengguna aplikasi Tiktok, @mizalurima11 yang turut berada di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan itu.

“Pengadil la nie punca, tercabut gigi palsu kawan saya ke longkang,” tulis pengguna Tiktok itu di laman kapsyennya.

Kapsyen itu turut disertakan dengan klip pendek di mana gigi palsu itu sudahpun jatuh ke dalam longkang sambil pemiliknya menutup muka demi menahan malu dan diiringi gelak tawa rakan sekeliling.

sumber:-BH

Setakat jam 10.30 pagi, klip video itu sudah ditonton lebih sejuta kali, lebih 55,000 tanda suka selain lebih 2,000 komen daripada pengguna Tiktok.