sukan

Terpaksa melepaskan dua pemain

Skuad Warga Kota mungkin terpaksa menelan hampa untuk melihat dua wakil pasukan mereka menyarung jersi negara dalam Piala Raja Thailand yang bermula 22 Oktober depan.

Baik Zhafri Yahya mahupun Declan Lambert, mereka mungkin terpaksa akur dengan perancangan Kuala Lumpur (KL) City yang dalam perbincangan mendapatkan pengecualian kedua-dua pemain itu dalam kem latihan negara.

Tegas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard, perbincangan awal berlangsung dengan positif yang menyaksikan KL City mahupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memahami situasi kedua-dua pihak.

Langkah itu dibuat berikutan dua perlawanan Liga Super tertunda bakal dijalankan ketika kalendar antarabangsa sedang berjalan.

Mereka (Malaysia) boleh dikatakan bermain pertandingan persediaan, bukan rasmi manakala Piala AFC adalah kejohanan rasmi yang menawarkan mata kelayakan.

Saya sedang meminta pertimbangan FAM yang boleh melihat sudut bahawa KL juga sedang membantu Malaysia.

“Kami perlu sampai sana 5-6 hari lebih awal, ia melibatkan perjalanan yang jauh selain kami perlu sesuaikan diri sebab ia merupakan permintaan AFC sendiri,” katanya.

sumber:- SA

Juara Piala Malaysia 2021 itu memerlukan keseluruhan pemain sebagai persediaan sebelum ke Uzbekistan memandangkan pada 24 September depan mereka akan bertemu Penang, seterusnya berjumpa Sarawak United pada 28 September sebelum ke Uzbekistan keesokan harinya.