Info

Walaupon berdepan Juara Zon Asean, MU tetap semangat

Pemain tengah Melaka United (MU), Mohamad Fakhrullah Rosli berjanji pamer prestasi terbaik ketika berdepan Kuala Lumpur City (KL City) pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput Khamis ini.

Katanya, walaupun beraksi di laman sendiri namun ia bukan kelebihan buat Melaka kerana lawan memiliki keserasian pada penampilan mereka kali ini lebih-lebih lagi selepas mengatasi Sri Pahang FC, Ahad lalu.

Menurutnya, kejayaan pelawat yang menjuarai Zon Asean dalam saingan Piala AFC selepas mengatasi PSM Makassar 5-2 diikuti men3waskan Mohun Bagan (India) di separuh akhir Antara Zon juga meletakkan mereka memiliki kelebihan.

Apapun, semua di atas kertas menjadi milik KL City, namun apa yang penting pemain yang diturunkan akan memberikan yang terbaik.

“Seperti semua tahu KL City berada dalam prestasi terbaik ketika ini. Apa yang saya harapkan pemain utama sempat pulih daripada kec3deraan untuk menyumbang kudrat berdepan l@wan.

“Masalah yang kita hadapi bukan alasan untuk kita menyerah. Justeru saya pasti Melaka bakal memberi tentangan yang kuat berdepan l@wan,” katanya.

Pada masa sama, dia juga mahu memastikan pasukan tidak hampa dengan sekurang-kurangnya meraih satu mata berharga selepas mengalami mengalami tiga kekalahan berturut-turut sebelum ini.

sumber:-HM

Justeru, sebagai pemain dia dan rakan sepasukan akan melaksanakan tugasan sebaik mungkin selain berusaha untuk memastikan melakukan kejutan.