sukan

Bukan sesuatu yang mudah

Manfaatkan setiap peluang yang ada untuk menembvsi gawang Johor Darul Ta’zim(JDT) kerana jika gagal berbuat demikian, pasti akan pulang dengan tangan kosong.

Perkara itu ditekankan peny3rang PJ City FC, Darren Lok yang menyatakan berdasarkan pengalamannya sebelum ini, bukan sesuatu yang mudah untuk mengatasi kekuatan pertahanan JDT.

Oleh itu, Darren berharap sama ada dia atau rakan sepasukannya perlu mempunyai sentuhan t@jam apabila melayan kunjungan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam esok.

“Semua orang tahu kualiti dimiliki JDT dan mereka baharu saja memenangi Piala FA, Sabtu lalu menyebabkan kami berdepan tugas sukar.

“Tetapi, sudah tentu kami akan berikan 100 peratus walaupun tidak akan mempunyai banyak peluang memandangkan mereka adalah skuad dengan tahap disiplin tinggi pada situasi bertahan.

“Selain itu, mereka sudah pasti akan mengawal sebahagian besar permainan, jadi apa jua peluang yang terhidang sama ada saya atau mana-mana pemain lain, kami kena menyempurnakannya dengan sebaik mungkin,” katanya.

Kubu JDT sememangnya paling sukar ditembusi mana-mana pasukan apabila sekadar bolos lapan gol daripada 16 perlawanan setakat ini dan hanya sekali dibolosi sebanyak dua jaringan iaitu semasa berdepan Sri Pahang.

Manakala PJ City adalah pasukan paling rendah menjaringkan gol daripada 12 pasukan Liga Super apabila sekadar merekodkan 16 jaringan daripada 17 perlawanan.

sumber:-HM

Berada di tangga ke-10, satu atau dua lagi kemenangan akan meletakkan PJ City dalam situasi yang hampir pasti untuk layak ke Piala Malaysia selain berpeluang memperbaiki atau menyamai kedudukan musim lalu apabila menamatkan cabaran di tempat ke-7.