sukan

Import Kedah reti cakap Kedah

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut hadir menyaksikan aksi Liga Super antara Kedah Darul Aman (KDA) dan Selangor di Stadium Darul Aman, malam ini.

Perkembangan itu dimaklumkan Sanusi di laman Facebook miliknya sambil disertakan dengan gambar beliau berada di stadium keramat Sang Kenari.

Namun, apa yang mencuit hati netizen adalah mengenai tulisan ringkasnya di laman berkenaan yang berseloroh bahawa pemain import KDA boleh bercakap bahasa Kedah.

“Mai tgk bola sat malam ni, Kedah lawan Selangor. Player (pemain) import kami reti oooo cakap Kedah,’Hang ni awatttt’….’Hang pasai paaaaa’,” tulisnya.

Sebelum ini, ucapan tahniah yang dibuat Sanusi terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan skuad itu menjulang Piala FA selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil mencetuskan kontr0versi.

Ia selepas ucapannya itu dianggap ‘tajam’ kerana dilihat seakan menyindir skuad Harimau Selatan yang diperkasa dengan ramai pemain naturalisasi dalam kesebelasan utamanya.

sumber:- BH

“Tahniah JDT menang Piala FA semalam… sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor,” tulis Sanusi di laman Facebooknya, baru-baru ini.