sukan

KDA FC buat Selangor FC terdiam

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meneruskan momentum kemenangan apabila menewaskan Selangor FC, 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam ini.

Kemenangan ketiga berturut-turut itu melunaskan ‘dendam’ kekalahan 1-4 di tangan skuad Gerhasi Merah pada aksi pusingan pertama, April lalu.

Selangor terlebih dahulu melancarkan serangan seawal minit kedua menerusi percubaan Brendan Gan, namun percubaannya tersasar.

KDA FC membalas s3rangan melalui percubaan kapten Sang Kenari Syazwan Zainon pada minit ke-18, namun percubaannya ditampan pertahanan Selangor FC.

Kedah akhirnya membuka akaun jaringan menerusi peny3rang utama, Ronald Ngah pada minit ke-22 hasil bola sepakan percuma Mahmoud Al-Mardi.

Gawang Selangor bocor kali kedua pada minit ke-30 menerusi tandukan pemain pertahanan, Marc Vales berpunca daripada sepakan percuma diambil Syazwan dan dihantar kepada Ronald Ngah.

Belum sempat KDA FC menarik nafas lega, Selangor bangkit merapatkan jurang pada minit ke-33 menerusi peny3rang import, Herlison Caion dan kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel rehat.

Bermula babak kedua, tuan rumah terus mengasak manakala Selangor turut membvru gol penyamaan menerusi percubaan Mukhairi Ajmal pada minit ke-53 dan ke-59.

sumber:-HM

Akhirnya, KDA FC membolosi gawang Selangor buat kali ketiga menerusi jaringan pemain gantian, Fayadh Zulkifli pada minit ke-95.