sukan

Teruja sarung jersi Harimau Malaya

Panggilan menyertai skuad kebangsaan ibarat ny@wa, itu menjadi sebab utama penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi teruja dan ghairah dengan peluang menyarung jersi skuad Harimau Malaya.

Reaksi ‘mahal’ Kalamullah jadi tular di media sosial selepas namanya berada dalam senarai 25 pemain untuk kem latihan pusat menjelang kejohanan jemputan Piala Raja Thailand di Chiangmai.

Saya sangat bersyukur kerana terpilih dalam skuad kebangsaan bagi saingan Piala Raja Thai. Sebelum ini, saya terlepas tersenarai dalam skuad kebangsaan dalam saingan kelayakan Piala Asia, saya kembali bersama kelab dan berusaha dengan lebih keras.

sumber:- SA

“Terpilih kali ini, saya cukup teruja dan berbangga. Dipanggil kali ini cukup bermakna namun kerja keras harus terus dipamerkan, ia dianggap sebagai nyawa bagi saya. Satu kebahagian buat diri saya dan keluarga saya,” katanya.