sukan

Fasa bentuk barisan baru semakin meningkat

PEMAIN Kedah Darul Aman (KDA) FC semakin mendapat rentak dan keyakinan meningkat selepas mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super 2022.

Kejayaan terbaru menewaskan Selangor FC 3-1 di Stadium Darul Aman pada malam Rabu bukan satu perkara mudah untuk dilakukan kerana berdepan sebuah pasukan yang juga lengkap di semua posisi.

Menurut Ketua Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak, Sang Kenari kini dalam fasa untuk membentuk barisan baharu dan kini menunjukkan peningkatan selepas kehilangan hampir semua pemain utama yang berhijrah pada musim ini.

“Saya harap kemenangan ini tidak akan berhenti dan kita perlu teruskan momentum dalam membentuk pemain-pemain baharu ini.

“Selepas ini kita akan berehat dua minggu kerana ada perlawanan antarabangsa dan masa yang ada perlu dimanfaatkan untuk memulihkan semula kec3deraan dan kecergasan pemain,” katanya selepas perlawanan di Stadium Darul Aman pada malam Rabu.

Ditanya peluang KDA FC untuk kembali merebut posisi tiga pasukan terbaik Liga Super musim 2022, Aidil Sharin menjelaskan tumpuannya adalah daripada satu perlawanan ke satu perlawanan terlebih dahulu.

“Kini saya mahu fokus satu perlawanan ke satu perlawanan. Kita akan cabar pemain untuk terus mendapatkan tiga mata.

“Saya mahu mereka terus kerja keras, merendah diri dan terus mencapai setiap sasaran yang kita cuba capai,” ujar beliau.

Sementara itu, pemangku Ketua Jurulatih Selangor FC, Mohd Nidzam Jamil berkata, mereka tewas kepada permainan fizikal terutamanya kegagalan mengawal peny3rang tuan rumah, Ronald Ngah Wanja.

Menurutnya, selepas kec3deraan yang dialami oleh Richmond Ankrah yang terpaksa dikeluarkan menyaksikan Selangor FC gagal memberikan tekanan kepada jentera s3rangan tuan rumah.

“Pada separuh masa kedua, kita banyak mencipta peluang jaringan tapi gagal dimanfaatkan dan jaringan Fayyadh pada penghujung perlawanan tutup ruang kita untuk bangkit,” kata Mohd Nidzam.

sumber:-SH

Tiga jaringan KDA FC muncul menerusi Ronald Ngah Wanja, Marc Vales dan Fayyadh Zulkifli manakala gol sagu hati pelawat pula dihadiahkan oleh Caion.