sukan

Komen Aidil selepas berjaya membenam Selangor FC

Keazaman tinggi semua pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang bertekad meneruskan rentak kemenangan menjadi antara faktor skuad Sang Kenari membenam Selangor 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman malam tadi.

Dua gol pendahuluan oleh Ronald Ngah dan Marc Valez ternyata meningkatkan keyakinan pemain KDA walaupun dibolosi jaringan Herlison Caion, namun mereka melengkapkan kemenangan dengan gol ketiga oleh pemain gantian Fayadh Zulkifli di hujung permainan.

Pengendali KDA, Aidil Sharin Sahak, sudah menduga skuadnya bakal ditentang hebat oleh Selangor yang menunjukkan kebangkitan selepas mengikat Johor Darul Ta’zim 1-1 dan menewaskan Sabah FC 3-2 sebelum ini.

“Saya bangga kerana pemain menunjukkan tahap permainan yang baik pada malam ini (semalam), dengan permulaan dua gol yang dihasilkan di babak pertama dan saya rasa itu tidak mudah dilakukan ketika berdepan pertahanan Selangor.

“Pemain Kedah menunjukkan keazaman tinggi untuk mendapatkan kemenangan di laman sendiri dan secara keseluruhan saya rasa kami layak untuk menang pada perlawanan ini dan ia perlawanan yang baik untuk kedua-dua pasukan serta juga penyokong yang hadir memberi sokongan.

sumber:-BH

“Selain turun dengan azam yang tinggi untuk membvru kemenangan, kami juga melakukan persiapan dengan membuat beberapa analisa tentang corak dan sistem permainan Selangor di bawah kendalian jurulatih baharu,’ katanya.