sukan

Pemain beregu wanita negara semakin pulih

Pemain beregu wanita negara, Pearly Tan kini boleh menghela nafas lega apabila kec3deraan lutut kirinya yang dialami di Terbuka Jepun, baru-baru ini, sudah mula beransur pulih.

Kec3deraan dialami Pearly itu menyaksikan dia dan pasangannya M Thinaah terpaksa menarik diri pada pusingan kedua ketika ketinggalan 11-16 di set ketiga kepada pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Yu Lim.

Kini, pemain berusia 22 tahun itu mengakui semuanya dalam keadaan baik dan buat masa sekarang dia sedang giat menjalani rawatan susulan di Institut Sukan Negara (ISN).

“Keced3raan saya sudah mula pulih dan sekarang hanya memerlukan masa sahaja untuk kembali pulih sepenuhnya.

“Saya sedang menjalani pelbagai jenis rawatan antaranya senaman ringan bagi tujuan pemulihan. Semuanya dalam keadaan baik sekarang ini,” katanya kepada Arena Metro.

Pearly berkata, dia memerlukan sekurang-kurangnya empat hingga enam minggu dan fasa pemulihan itu bergantung kepada keadaan semasa tubuh badannya.

“Tempoh pemulihan saya bergantung kepada keadaan tubuh badan saya ketika ini. Jika semuanya baik, tempoh untuk pulih itu lebih cepat.

sumber:-HM

“Fokus utama saya sekarang adalah untuk fasa pemulihan ini dahulu dan akan bangkit semula dengan lebih baik pada siri kejohanan akan datang,” katanya.