sukan

MU berjaya ikat Juara AFC ASEAN

Ketangkasan penjaga gol Melaka United (MU), Norazlan Razali membantu pasukannya mengikat KL City 0-0 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam tadi.

Malah bekas penjaga gawang skuad kebangsaan itu menjadi wira Hijau Putih daripada kecundang selepas menyelamatkan sekurang-kurangnya empat percubaan bahaya pelawat yang mampu mel3dak jaringan kemenangan.

Tanpa kelibat ayam tambatan Sony Norde, Emmanuel dan Adriano Narcizo, pengendali, Mohd Asri Ninggal meletakkan Faris Shah di barisan hadapan bergandingan dengan Ifedayo Olusegun dalam usaha tuan rumah menembusi kubu lawan.

Bagaimanapun, KL City terlebih dahulu melakukan percubaan menerusi Hadin Azman, namun rembatannya tinggi melepasi palang gol pada minit ke-17.

Selebihnya perlawanan lebih banyak dikuasai pelawat yang sering bertukar hantaran dan kerap memasuki kubu tuan rumah untuk mencari gol pertama perlawanan.

Sementara, tuan rumah banyak bertahan dan cuba melakukan serangan balas pantas dalam misi mengintai jaringan.

Bersambung 45 minit kedua, KL City terus melakukan asakan yang hampir memecah kebuntuan, namun rembatan kencang Zafri Yahya (m-47) sekadar menggegar tiang gol tuan rumah.

sumber:-HM

Kecemerlangan Norazlan jelas menjadi faktor KL City gagal meraih mata maksimum dan Melaka lega mengikat pelawat yang mencipta deretan peluang meledak jaringan.