sukan

Pertemuan dengan PJ City banyak beri pengajaran

Tatkala peminat-peminat Johor Darul Ta’zim (JDT) mengharapkan pasukan kesayangan mereka itu meneruskan momentum kemenangan selepas menjuarai Piala FA hujung minggu lalu, ia tidak menjadi kenyataan apabila skuad Harimau Selatan itu hanya mampu seri dengan Petaling Jaya City.

Tetapi dengan keputusan 2-2 itu langsung tidak menggugat kedudukan anak didik Hector Bidogilio tersebut daripada menerajui carta liga sehingga kini.

Walaupun diberi tekanan oleh Sabah tetapi ia tidak mampu untuk menghalang hajat Harimau Selatan untuk mengekalkan kejuaraan ke sembilan berturut-turut kerana jurang perbezaan mata yang agak jauh dan hanya tinggal empat perlawanan lagi untuk Sang Badak menutup tirai liga musim ini.

Pastinya pertemuan dengan PJ City itu banyak memberi pengajaran kepada anak didik Bidogilio kerana dari situ mereka dapat melihat dan memperbaiki kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan sebelum berhadapan dengan lawan seterusnya.

Inilah masanya untuk pengendali dari Argentina itu mengkaji bagaimana untuk menggunakan penggiliran pemain supaya prestasi pasukan dapat dikekalkan apabila berhadapan dengan pasukan-pasukan seperti PJ City yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan tidak akan mengaku kalah sehingga wisel penamat dibunyikan walaupun menggunakan 100 peratus pemain tempatan.

Pemain-pemain JDT perlu sentiasa bersedia daripada segi mental dan fizikal terutama kepada pemain-pemain yang kurang minit permainan supaya mereka boleh menggalas tugas yang diberikan.

Ia tidak mahu terjadi seperti bertemu PJ City itu dimana banyak kesilapan-kesilapan kecil berlaku sehingga memberi sedikit kesan dalam pungutan mata Harimau Selatan. Mereka juga perlu sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal mereka apabila berhadapan dengan pasukan yang bekerja keras seperti tiada hari esok sebagaimana yang dipamirkan The Phoenix.

Namun, peminat-peminat JDT juga tidak perlu bimbang dengan keputusan seri itu kerana ia agak sukar untuk pasukan seperti Sang Badak dan Hoben Jang Hoben untuk memintas.

Ia disebabkan Harimau Selatan itu masih lagi mempunyai kelebihan satu perlawanan berbanding setiap pasukan itu dan hanya memerlukan tiga kemenangan sahaja lagi untuk mengesahkan kejuaraan kali ke sembilan berturut-turut Liga Super.

sumber:- SA

Sokongan berterusan daripada peminat-peminat pada situasi ketika ini amat penting sekali kerana sudah pasti penyokong-penyokong lawan akan terus memberi serangan di media sosial untuk mengganggu fokus pemain JDT untuk terus mencipta satu lagi sejarah dalam arena bola sepak negara kita.