sukan

Hassan Sazali dedah punca kekalahan

Pengendali skuad bawah 19 tahun (B-19) Hassan Sazali Waras mengakui layangan kad merah terhadap anak buahnya menghancvrkan impian untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.

Pemain B-19 negara Ubaidullah Shamsul yang dilihat cuba membantah keputusan penjaga garisan memberikan sepakan sudut kepada Korea Selatan pada minit ke-67 mengundang padah apabila dia dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua.

Hassan berkata, barisan anak buahnya sudah mendapat rentak untuk merapatkan jurang jaringan gol namun layangan kad merah itu dilihat ‘membvnuh’ semangat mereka untuk mencari jaringan penyamaan.

Tak sepatutnya kita kena kad merah kerana ia mengganggu rentak perlawanan kerana situasi ini memerlukan kekuatan semua pemain untuk mencari gol.

Keputusan terbabit memvsnahkan semua perancangan kerana di babak kedua selepas mendapat gol, kita bermain dengan baik namun kad merah merosakkannya.

“Saya sentiasa ingatkan pemain supaya sentiasa berwaspada supaya tidak berhadapan masalah seperti ini (kad merah),” katanya.

Terdahulu, Nasib skuad B-19 negara menjadi tanda tanya apabila tewas kepada Korea Selatan 6-2 pada aksi terakhir Kumpulan E kelayakan Piala Asia B-20.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium MFF, Ulaanbatar, Mongolia itu menyaksikan gol skuad Korea Selatan menerusi hatrik Lee Youngjun manakala masing-masing satu disumbangkan Bae Junho, manakala Lee Seungwon dua gol.

Gol pasukan negara pula dijaringkan oleh Adam Farhan Faizal dan Aliff Izwan Yuslan dengan perlawanan berkesudahan 6-2.

Keputusan itu menyaksikan Korea Selatan mengesahkan slot ke Piala Asia B-20 di Uzbekistan tahun depan selaku juara Kumpulan E, manakala Malaysia yang muncul naib juara kumpulan perlu menunggu keputusan kumpulan lain untuk melihat sama ada skuad negara layak atau tidak.

sumber:- HM

Hanya juara kumpulan akan layak secara automatik dan lima naib juara terbaik dari 10 kumpulan akan mendapat slot ke pusingan akhir Piala Asia B-20 2023.