sukan

Kehilangan besar buat Skuad Harimau Malaya

Pemain pertahanan skuad kebangsaan, Declan Lambert menyifatkan ketiadaan Shahrul Saad sebagai satu kehilangan besar buat skuad Harimau Malaya untuk menghadapi Piala Raja Thailand bermula Khamis ini hingga 25 September.

Namun, Lambert tetap percaya bahawa beberapa ‘kereta kebal’ yang ada dalam skuad Harimau Malaya ketika ini mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

“Dia (Shahrul) seorang pertahanan yang sangat bagus. Tapi saya fikir pasukan juga memiliki ramai pemain pertahanan yang berkualiti dalam skuad ketika ini.

“Jadi siapa sahaja yang akan mengisi posisi itu tiada masalah buat pasukan,” kata Lambert yang kali pertama mendapat panggilan menyertai skuad kebangsaan.

Shahrul melaporkan diri bersama skuad kebangsaan, Jumaat lalu, namun terpaksa dilepaskan oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon atas faktor kesihatan.

Ketiadaan Shahrul bakal menyaksikan gandingan baharu di bahagian pertahanan tengah Harimau Malaya dengan antara pemain yang berada dalam skuad kali ini termasuk Sharul Nazeem Zulpakar, Ahmad Khuzaimi Piee dan Dominic Tan.

Selain itu, pemain serba boleh, Dion Cools dan Lambert juga memiliki kebolehan untuk diletakkan sebagai pertahanan tengah.

Mengulas mengenai panggilan kali pertama menyertai skuad kebangsaan, Lambert yang juga pertahanan Kuala Lumpur (KL) City menjelaskan ia sebagai satu penghormatan besar buat dirinya.

Justeru, sasaran peribadinya bersama Harimau Malaya adalah untuk memberikan persembahan terbaik dan memikat hati Pan Gon supaya peluang terus mendapat panggilan bersama skuad itu pada masa akan datang.

sumber:-BH

“Saya lebih gemar di bahagian pertahanan kanan, tetapi mana-mana posisi sama ada kanan, kiri atau tengah saya boleh bermain sekiranya diperlukan jurulatih,” katanya.