sukan

Kelantan tamatkan penantian 18 Tahun

Pasukan bola sepak Kelantan dan Perlis mempamerkan aksi cemerlang apabila menyambar dua slot suku akhir acara Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

Malah, pujian harus diberikan kepada Kelantan kerana menamatkan penantian 18 tahun ke suku akhir selepas menewaskan Sabah 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kelantan yang tewas 2-0 di tangan Terengganu pada aksi pertama sebelum ini hanya memerlukan tujuh minit untuk membuka tirai jaringan menerusi Amirul Izwan Mamad Rusdi.

Skuad dari Pantai Timur itu terus mengukuhkan kedudukan apabila memperoleh gol kedua hasil jaringan sendiri pertahanan Sabah, Mohd Syahmi Idris pada masa kec3deraan babak pertama.

Amirul Izwan kemudian melengkapkan kemenangan bergaya Kelantan dengan menambah gol ketiga pada minit ke-81 untuk menempah pertemuan dengan juara Kumpulan D, Pulau Pinang di suku akhir, Isnin ini.

Pengendali Kelantan Mohd Faizal Ibrahim memuji aksi anak buahnya yang bijak manfaat peluang untuk menjaringkan gol apabila bertemu Sabah. “Pada perlawanan pertama (men3ntang Terengganu), kami sukar untuk dapatkan senarai pemain terbaik kerana hanya ada seminggu untuk mengumpulkan pemain.

“Nasib baik ada peluang kedua (berdepan Sabah) dan pemain berjaya memanfaatkan serta menterjemahkan perancangan pasukan,” katanya. Sementara itu, Perlis turut mara ke suku akhir susulan kekalahan 0-2 Kedah di tangan Pulau Pinang dalam aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Universiti Tenaga Nasional (Uniten), sebentar tadi.

Perlis yang turut tewas di tangan Pulau Pinang sebelum ini berkongsi satu mata bersama Kedah, namun mereka memiliki kelebihan dari segi perbezaan gol.

Mara selaku naib juara kumpulan, Perlis akan berdepan juara Kumpulan C, Terengganu di suku akhir, Isnin ini.

sumber:- HM

Semalam, juara Kumpulan A, Selangor menempah pertemuan dengan Pahang di suku akhir manakala juara Kumpulan B, Johor pula akan men3ntang Wilayah Persekutuan.