sukan

Yusri sanggup dipertanggungjawabkan nasib menimpa Perak FC

“Saya bertanggungjawab atas keputusan akhir yang kurang membanggakan untuk Perak FC”, itu ucapan terakhir ketua jurulatih skuad The Bos Gaurus, Yusri Che Lah, pada aksi penutup Liga Perdana musim 2022.

Yusri yang bakal menggalas peranan baru selaku ketua jurulatih skuad bawah 23 Perak FC musim depan, mahu mengenalpasti semula pemain muda yang pernah membawa negeri itu menjuarai Sukma 2014, 2016 dan 2018 lalu untuk diberi peluang kembali dalam arena bolasepak Perak.

“Perjalanan cukup berliku bagi musim ini. Kami dipotong sembilan mata, pendaftaran 20 pemain sementara terpaksa beraksi dengan pemain tempatan, ia merupakan pengalaman yang cukup mencabar,” kata Yusri.

“Kami perlu menerima kenyataan ini dan tanggungjawab ini saya pikul, boleh saya katakan bukan mudah untuk mengendalikan Perak.”

Sementara anak jati Perak, pemain tengah, Farid Khazali, menyifatkan kehadiran Lim Teong Kim sebagai pengendali musim hadapan menjadi petanda positif kebangkitan Perak FC.

sumber;- SA

Selain itu, barisan pemain turut mengucapkan terima kasih kepada Yusri yang sabar mengharungi perjalanan berliku bersama mereka musim ini.