sukan

Rekod pertemuan Malaysia dengan Thailand sangat baik

Rekod kemenangan ke atas Thailand sejak 2018 perlu dikekalkan menjelang aksi sulung berdepan tuan rumah dalam saingan Piala Raja Thai di Chiang Mai, Khamis ini.

Berdasarkan rekod, skuad Harimau Malaya tidak pernah tewas di tangan skuad Gajah P3rang dalam tempoh empat tahun lalu meskipun kedudukan ranking lawan berada lebih tinggi berbanding Malaysia.

Thailand ketika ini menghuni tangga ke-111 dunia sementara skuad negara pula di kedudukan 148 , dengan kedua-dua pasukan sudah bertemu sebanyak empat kali sejak 2018 apabila Malaysia menang dua kali dan selebihnya seri.

Begitupun, pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon percaya kedudukan ranking bukanlah kayu pengukur sebenar kepada prestasi pasukan apabila mengakui anak buahnya mampu mencipta kejutan di sana nanti.

Saya menekankan tidak semestinya pasukan lawan lebih kuat daripada kami, tetapi kami masih harus menghormati mereka.

“Apa yang pasti, saya anggap kejohanan ini sebagai medan terbaik buat barisan pemain mencabar kemampuan sendiri kerana kami akan menentang negara yang menduduki ranking lebih tinggi,” kata pengendali berasal dari Korea Selatan.

Sejak membimbing skuad Harimau Malaya pada Mac lalu, sentuhan Pan-gon berjaya mengubah gaya dan corak permainan pasukan yang menekankan aspek menyerang menerusi corak permainan berintensiti tinggi.

Malah, falsafah permainan pasukan dilihat berubah dengan pemain tidak mudah berputus asa dan sentiasa mahu mengawal bola serta memberi asakan bertali arus seperti mana gaya permainan skuad Korea Selatan di pentas antarabangsa.

Tidak sampai enam bulan, hasilnya Pan-gon berjaya menamatkan badi selama 43 tahun dengan membawa Malaysia layak ke Piala Asia secara merit pada tahun depan, selain turut melonjakkan ranking pasukan di tangga ke-148 ketika ini, berbanding 154 pada Mac lalu.

Untuk saingan di Piala Raja Thai itu nanti, skuad Harimau Malaya diundi bertemu Thailand dalam aksi pertama dan jika menang, pasukan negara akan men3ntang pemenang antara Trinidad & Tobago dan Tajikistan di perlawanan akhir.

sumber:- HM

Tetapi jika tewas di tangan skuad kendalian Alexandre Polking itu, Malaysia akan beraksi penentuan tempat ketiga dan keempat, sama ada menentang Trinidad & Tobago atau Tajikistan, pada Ahad ini.