sukan

Kembalikan aura lama

Kedah Darul Aman FC kini mensasarkan misi menarik kehadiran 10,000 penonton bagi menyaksikan aksi kelab itu di laman sendiri dalam baki saingan Liga Super musim ini bermula menentang PJ City FC, pada 1 Oktober.

Menerusi sokongan padu ini, skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak berharap dapat terus mengekalkan momentum tiga kemenangan berturut-turut sebelum ini iaitu ketika men3ntang Penang FC, Melaka United FC dan Selangor FC.

Selain PJ City, dua perlawanan di laman sendiri selepas ini adalah men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 4 Oktober dan Terengganu FC pada 15 Oktober,.

“Ayuh, ini rumah kita, pastikan sasaran 10,000 penyokong Hijau Kuning untuk hadir ke Stadium Darul Aman bermula 1 Oktober depan,” kata Kedah Darul Aman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan media rasmi Sang Kenari.

“Angka kehadiran 5,079 penonton telah dicatat dalam aksi minggu lepas ketika bertemu Selangor FC di laman sendiri dan kami mahukan misi seterusnya dalam tiga perlawanan yang cukup genting pada 1, 4 dan 15 Oktober depan di Stadium Darul Aman ini.

“Dengan momentum pasukan kini dalam rentak terbaik untuk meneruskan aksi ampuh, garang dan menghiburkan, perlawanan menentang PJ City FC merupakan medan terbaik untuk memanaskan suasana dengan sasaran kehadiran 10,000 penyokong,”.

Kedah juga menjangkakan Stadium Darul Aman mampu mengumpulkan lebih dari angka 10,000 penyokong Hijau Kuning apabila antara aksi kemuncak Sang Kenari bertemu JDT pada 4 Oktober.

“Untuk aksi men3ntang JDT FC ini, sasaran dijangka lebih dari angka 10,000 penyokong, dan diikuti perlawanan menentang Terengganu FC (TFC) pada 15 Oktober nanti juga merupakan aksi yang dinantikan kerana perlawanan itu bakal menentukan kedudukan Sang Kenari dalam Liga Super pada musim 2022 ini.

“Tiada yang mustahil dan marilah kita kembalikan aura 25,000 orang penyokong Hijau Kuning di Stadium Darul Aman!,” katanya.

sumber:- BH

Kedah yang kembali memulakan latihan di Stadium Darul Aman, sejak semalam, kini menduduki tangga kelima Liga Super dengan jumlah himpunan 27 mata menerusi 17 perlawanan.