Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan ‘agensi kebajikan’ buat mana-mana pemain yang berasakan cukup sekadar berada dalam pasukan dan hanya berpeluk tubuh sahaja.
Sebaliknya, kelab yang sudah memenangi lapan kali berturut-turut trofi Liga Super itu adalah sebuah kelab profesional yang mementingkan kualiti dan sentiasa dahagakan kemenangan.
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan, setiap pemain perlu bersaing merebut tempat jika mahu beraksi dalam kesebelasan utama.
Kita ada ramai pemain dan keputusan (memilih) pemain terletak di tangan jurulatih, siapa yang mereka mahu gilirkan. Kita pun kena tanya juga agenda dan inisiatif pasukan, mahukan keputusan yang positif ataupun menjaga hati orang.
Nak jaga hati (pemain), saya dan jurulatih boleh gilirkan pemain tetapi saya tidak boleh jamin keputusan yang baik. Setiap perlawanan ada senario berbeza dan penilaian akan dilakukan jurulatih untuk memutuskan siapa yang akan diturunkan dan siapa akan digilirkan pada masa akan datang.
Persaingan di JDT sangat kompetitif kerana kita ada pasukan yang besar dan semua pemain adalah pemain hebat. Keputusan berat perlu diambil kerana keutamaan kami untuk mendapatkan keputusan positif buat kelab.
(JDT) bukan kelab komvnis atau kelab kebajikan kerana kita berikan pemain yang berada pada tahap terbaik untuk bermain. Semua pemain nak main dan sebagai manusia, tentu ada yang kecil hati tetapi mereka harus terima hakikat.
“Pemain tahu tanggungjawab mereka dan mainkan peranan sebagai pemain bola sepak profesional. Tetapi mereka kena faham, JDT bermain dalam pelbagai pertandingan,” katanya dalam satu sesi temubual bersama penyokong, kelmarin.
Jelasnya lagi, setiap pemain tetap berpeluang diturunkan sepanjang musim kerana JDT beraksi dalam banyak kejohanan termasuk Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Bukan mereka tidak main langsung, ada yang masuk pada separuh masa kedua tetapi mungkin mereka tidak bermain sebanyak pemain yang kerap diturunkan.
Penggiliran dibuat kerana kita ada 50 perlawanan dalam setahun dan perlawanan akan bertambah pada musim depan dengan format baharu. Jadi semua pemain akan mendapat peluang bermain.
sumber:- HM
“Contohnya bagi kempen Liga Juara Juara Asia (ACL), hampir 90 peratus pemain kita termasuk pemain simpanan turut bermain dalam kempen itu,” katanya.