sukan

Azam mohon maaf

Tonggak tengah negara, Nor Azam Azih memohon maaf kepada seluruh peminat bola sepak tanah air atas tindakannya yang menyaksikan skuad Harimau Malaya hampir gigit jadi dalam aksi Piala Raja Thai menentang Thailand, malam tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium 700th Anniversary di Chiang Mai itu, skuad kendalian Kim Pan-gon mara ke pentas final selepas berjaya memenangi penentuan sepakan penalti apabila menang dengan 5-3, selepas kedua-dua terikat 1-1 dalam masa sebenar.

Begitupun Malaysia hampir melakar kemenangan selepas mendahului hampir 60 minit sebelum skuad Gajah Perang itu menyamakan kedudukan dalam masa kec3deraan babak kedua.

Gol pelawat itu diperoleh susulan kesilapan Azam Azih yang membuat terjahan keras di luar kotak penalti skuad negara dengan dia turut menerima padah apabila dilayangkan kad kuning kedua, sekali gus diperintah keluar padang oleh pengadil perlawanan.

Situasi itu dimanfaatkan Thailand dengan gol penyamaan menerusi tandukan Pansa Hemviboon, untuk memadam kelebihan Malaysia yang sebelum itu mendahului hasil jaringan Corbin Ong di minit babak pertama.

Bagaimanapun, tuah nyata memihak skuad negara apabila kesemua lima sepakan berjaya disempurnakan, ketika penjaga gol negara Syihan Hazmi turut cemerlang menghalang sepakan keempat lawan, sebelum pengambil terakhir iaitu Corbin muncul wira untuk membawa pasukan ke final berdepan Tajikistan, Ahad ini.

Minta maaf semua, saya dah cuba yang terbaik tapi hilang fokus minit akhir. Terima kasih keluarga dan pasukan bagi kata-kata semangat.

“Komen-komen positif dan negatif semua akan jadi pembakar semangat saya untuk jadi lebih baik di masa akan datang,” tulis pemain tengah Sri Pahang FC itu di laman sosial Instagram miliknya sejurus tamat aksi itu.

sumber:- HM

Susulan permohonan maaf itu, ramai peminat termasuk rakan sepasukan memberi kata-kata semangat agar tidak berputus asa serta jadikan insiden itu pengajaran berguna buatnya di masa depan.