sukan

Hati mau ‘kental’ baru boleh nak bertujai – Sanusi

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berharap individu yang mahu berdebat sesuatu isu agar berhati kental dan tidak mudah berasa hati.

Katanya, setiap orang perlu mempunyai kekuatan jiwa dan tidak hanya tahu mengadu sahaja.

Kalau nak bertujai (bertikam lidah) dengan orang lepas itu balik mengadu kat pak (bapa) baik tak payah. Panas tak apa, jangan koyak. Koyak teruk sangat, cuit sikit sahaja pun.

“Manja sangat anak sapa ha (ya). Hati mau ‘brutal’, baru boleh nak bertujai. (Hati) Mau keras la sikit, agak nak koyak pi habaq (mengadu) kat pak teruk la lagu tu (macam itu), baik toksah (tak payah) berkawan dengan orang,” katanya ketika berucap pada perasmian Karnival Sejahtera Prihatin Negara di sini, hari ini.

Dalam ucapan itu, Muhammad Sanusi tidak merujuk sesiapa dan mengenai apa kenyataan itu dibuat.Bagaimanapun, Menteri Besar itu dipercayai merujuk kepada pertikaman lidah antara beliau dan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai isu bola sepak negara di media sosial.

Muhammad Sanusi ketika ditemui pada sidang media selepas itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai ucapan beliau selain memaklumkan hanya mereka yang mengetahui sahaja tahu siapa dan apa yang diperkatakan.

Dalam status Facebook miliknya kelmarin, Muhammad Sanusi berkata, sesiapa sahaja kini boleh memberi pendapat atau pandangan terhadap orang lain dan bukan hanya seseorang individu sahaja boleh melakukan apa-apa yang dimahunya kerana kini sudah melangkah ke 2022 dan bukan lagi 1422.

Yang nampak dok kalut (masuk campur) pasai jurulatih pasukan lain tu pasai (sebab) apa? Agaknya pasai jurulatih tu dia takleh nak call direct macam dia dok call jurulatih team lain sebelum ini kot.

“Cerita dia nak ambil balik player pinjaman pun, dia call jurulatih dgn player direct sahaja suruh balik, padahal perjanjian pinjaman dibuat antara pengurusan team A dengan pengurusan team B, bukan dengan jurulatih pun, nampak tak kerek dia?,” kata Muhammad Sanusi menerusi hantaran itu.

Tidak lama selepas itu, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut memuat naik hantaran di Instastory Instagram milik baginda seolah-olah memberi respon terhadap kenyataan Muhammad Sanusi sebelum itu.

Baginda juga tanpa menyebut nama mana-mana individu memaklumkan agar lebih baik seseorang itu menutup mulut kerana semakin banyak dia bercakap akan menampakkan kebodohan.

“Pegang semua benda gagal. Negeri gagal, ekonomi gagal, sukan gagal, semua gagal. Ini namanya expert of gagal atau failure,” tulis TMJ yang memadam status berkenaan selepas itu.

Hantaran berlatar belakangkan poster karikatur ikon makanan segera yang diolah seperti badut itu turut menulis perkataan ‘Suweynasi’ dan gambar seekor burung yang berwarna hijau kuning.

sumber:- HM

Muhammad Sanusi selepas itu turut memuat naik hantaran terbaharu dengan menyatakan ‘Panaih tak paa, koyak jangan la’ sambil memaparkan tangkap layar akaun Instagram TMJ.