Kejayaan skuad Harimau Malaya layak ke final Piala Raja Thailand 2022 selepas menyingkirkan Thailand 5-3 menerusi sepakan penalti menimbulkan pelbagai reaksi daripada penyokong bola sepak tempatan.
Menerusi komen pada laman media sosial, ada yang melontarkan pujian atas persembahan ditunjukkan anak buah Kim Pan Gon dengan beberapa pemain seperti penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi dan La Vere Corbin Ong yang tampil dengan aksi memukau.
Namun tidak kurang ada juga penyokong yang tampak tetap tidak berpuas hati khususnya selepas Malaysia nampak ‘perlahan’ pada babak kedua sebelum dikecewakan dengan gol penyamaan Thailand pada minit akhir perlawanan.
Penyokong bola sepak tempatan, Iqbal Nanda Syahputra Bastian mengakui skuad Harimau Malaya menunjukkan kekuatan mental yang sangat tinggi pada aksi di Stadium Chiang Mai itu.
Saya memuji kekuatan mental yang ditunjukkan oleh pemain Harimau Malaya walaupun berhadapan hampir 95 peratus penyokong Thailand. Ia tidak mudah dan satu kepuasan yang hakiki apabila pemain dapat membuat penyokong Thailand terdiam dua kali semalam.
Seorang lagi penyokong, Mohd Arashedin Shah Abu Salim melihat gandingan Safawi Rasid, Ariff Aiman Hanapi dan Faisal Halim menunjukkan kerjasama yang positif selain kehadiran Brendan Gan mengukuhkan lagi bahagian tengah.
“Secara keseluruhan, aksi yang baik namun babak kedua agak kurang bagus apabila beberapa pemain tidak dapat mendapat rentak dan gagal memberi impak untuk membantu pasukan,” katanya.
Antara komen lain yang boleh disaksikan di hantaran Berita Harian Online adalah komen Mohd Fuad yang menulis ‘tahniah Harimau Malaya. High press first half padu. Syiham MOTM, Corbin perform tiptop.
Sumareh ja hauk. Tahan bola melambung, gelecek tak lepas, pass jauh ke depan, harap stoking ja sampai kelengkang. Mujur dia tak amik penalti.
Rizan Maidin menulis ‘salah jemputan ni. Ingat boleh ngap itu harimau sekali kena baham dengan harimau da’ manakala komen Abel Yazed berbunyi ‘tahniah Malaysia. Hero malam ini Syihan dengan Corbin.’
sumber:- BH
Muhammad Arif Azman pula meninggalkan komen ‘Azam Azih dah boleh simpan kot. Dok bench je lah kalau def gitu time akhir’ sementara Sultan Alavudeen berkata ‘menang nasib tu. Harimau Malaya main berterabur, takde game plan, tendang bola tak tentu arah.’