sukan

Malaysia perlu elak terlepas peluang kutip lebih byk mata

Sejauh manakah kejayaan mengaibkan Thailand di laman lawannya itu sendiri kelmarin mampu menjadi bukti akan keunggulan skuad Harimau Malaya untuk menjulang Piala Raja Thailand 2022, pada malam esok?

Selepas menyingkirkan lawannya di ranking ke-111 dunia itu, anak buah Kim Pan Gon bakal berdepan Tajikistan, pasukan yang dianggap lebih baik berikutan berada di ranking ke-109 dunia pada aksi final di Stadium Chiang Mai, Thailand.

Secara keseluruhan, persembahan berdepan Thailand belum lagi cukup baik kerana sekalipun layak ke final, hakikatnya Malaysia terikat 1-1 sekali gus terlepas peluang mengutip lebih banyak mata untuk memperbaiki ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Bukan keputusan seri itu yang mahu dipersoalkan tetapi mengetahui cara Thailand mendapatkan gol penyamaan dalam aksi di Stadium Chiang Mai itu kelmarin pasti menyentak bukan sahaja jiwa pemain tetapi juga penyokong.

Mana tidaknya, gol penyamaan tuan rumah itu diperolehi betul-betul di hujung perlawanan, menerusi sentuhan terakhir Pansa Hemviboon yang berpunca daripada kekasaran dilakukan Nor Azam Azih sehingga pemain tengah itu dilayangkan kad kuning kedua.

Gol daripada sepakan percuma hasil kesilapan sendiri disusuli tandukan mudah menewaskan penjaga gawang di hujung permainan – bunyinya seakan memberi gol ‘sedekah’ bukan?

Malah, perbezaan intensiti permainan pada babak kedua juga wajar diberi perhatian kerana Malaysia sentiasa berada dalam keadaan tidak ‘selesa’ pada 45 minit kedua apabila ‘menjemput’ Thailand melakukan serangan bertubi-tubi.

Babak pertama berlangsung dengan lancar, namun segala-galanya berubah pada babak kedua apabila Malaysia tidak beraksi seperti kebiasaan. Malah kemasukan pemain baharu juga tidak dapat membantu meningkatkan tempo permainan.

Mujurlah, persembahan kurang kemas itu diselamatkan dengan kemantapan benteng yang bijak menutup peluang dibantu dengan ketangkasan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi yang cemerlang menafikan empat percubaan terbaik Thailand termasuk satu sepakan penalti penentuan.

Kombinasi dua kesilapan ini semestinya berlegar-legar dalam fikiran Pan Gon selepas tamat perlawanan kelmarin dan pengendali dari Korea Selatan itu pasti tidak mahu ‘dejavu’ berlaku pada aksi final nanti.

Justeru, pemain negara tidak seharusnya cuba untuk mengulangi senario sama ketika men3ntang Thailand kerana tiada natijah yang akan hadir daripada kesilapan kecuali kekalahan disulam dengan kekecewaan.

Lebih penting, aksi menentang Thailand mungkin cukup untuk Pan Gon menilai pemain mana yang boleh ‘dipakai’ dan pemain mana yang perlu ‘disidai’ ataupun mungkin juga pemain yang tidak sepatutnya dipanggil lagi untuk kem kebangsaan.

Pan Gon pasti dapat menilai sendiri kualiti persembahan pemain yang diberi kepercayaan dan perlawanan ini memberi peluang untuk dia ‘mengubah’ apa yang patut diubah menjelang aksi final nanti.

Mungkinkah kita dapat menyaksikan pemain yang sekadar menyaksikan rakan-rakan bermain sebelum ini turun untuk aksi esok ataupun tiada perubahan besar yang akan dilakukan Pan Gon?

sumber:- BH

Apapun, beraksi men3ntang Tajikistan yang berjaya bangkit 2-1 mengejutkan Trinidad and Tobago, Malaysia perlu lebih mantap untuk mengelak daripada ‘ditaji’ lawannya itu nanti.