sukan

JDT masih berteka-teki

Johor Darul Ta’zim (JDT) bermain teka-teki dengan pengikut kelab itu di laman sosial Facebook rasmi Johor Southern Tigers semalam.

Kelab itu menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat bola sepak apabila memberitahu mereka akan mengumumkan rakan strategik antarabangsa baru esok.Ia berdasarkan kenyataan ringkas satu perenggan.

Kenyataan ringkas itu turut disertakan video pendek yang memaparkan logo kelab gergasi Eropah iaitu Juventus, Manchester City dan Paris Saint-Germain (PSG).

Skuad Harimau Selatan itu sebelum ini mengikat kerjasama dengan kelab ternama dunia termasuk Juventus, City dan PSG serta beberapa lagi kelab Eropah.

sumber:- SA

JDT telah merekodkan 20 trofi kejuaraan di bawah kepimpinan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sejak 2013.