sukan

Safawi pula buka mulut pertahankan Sumareh

Ketua pasukan skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid mempertahankan tonggak naturalisasi, Mohamadou Sumareh yang teruk dik3cam netizen susulan aksi hambarnya ketika Malaysia tewas 0-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan dengan Tajikistan dalam aksi final Piala Raja Thai, di Chiang Mai, Ahad lalu.

Safawi, 25, yang dilantik ketua pasukan bersama dua lagi pemain iaitu Syafiq Ahmad dan Dion Cools mengakui kecewa apabila Sumareh atau turut dikenali dengan panggilan Keli Boy menjadi mangsa kritikan di laman sosial.

Begitupun, dia percaya pemain naturalisasi pertama negara itu mampu menangani tekanan itu, sambil menyeru agar segelintir penyokong menghentikan kerja-kerja tidak bertanggungjawab itu.

Mana-mana sukan ada yang dapat kecaman, ada dapat pujian. Bagi saya Sumareh dapat tangani apa yang dia kena kecam.

Bagi saya sebagai salah seorang ketua pasukan, saya rasa benda itu tak patut berlaku kepada Sumareh sebab kita bermain satu pasukan. Nak kecam, kecam semua. Nak puji, puji semua.

Saya rasa dengan tindakan yang penyokong buat itu, saya rasa harap ia takkan berlaku lagi. Macam saya cakap, contoh kalau saya tak main bagus orang kecam saya, kalau pemain lain tak bagus akan kena kecam.

“Saya rasa macam Sumareh mental dia kuat, jadi tak ada apa bagi dia,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), di Sepang, malam tadi selepas pulang ke tanah air bersama pasukan dari Chiang Mai, Thailand.

Pada saingan jemputan itu, skuad negara kendalian Kim Pan-gon muncul naib juara di belakang Tajikistan yang menang menerusi penentuan sepakan penalti.

Namun apa yang lebih mencuri perhatian disebalik keputusan itu adalah aksi longlai Sumareh, dengan segelintir peminat terutamanya di laman sosial menghentam pemain kelahiran Gambia itu.

Malah, ada juga yang mendakwa tonggak sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu adalah Guilherme de Paula 2.0 dengan mendesak agar program naturalisasi dibubarkan sepenuhnya kerana ia langsung tidak bermanfaat.

Untuk rekod, program naturalisasi ‘dibekukan’ sementara oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Ogos 2021 lalu bagi menilai semula program berkenaan, namun tidak menghalang jika ada kelab dalam Liga Malaysia yang mahu menaturalisasikan pemain luar sebagai tonggak tempatan.

Selain Safawi yang meluahkan rasa kecewa itu, pemain naturalisasi ketiga negara Liridon Krasniqi turut berkongsi simpati ke atas Sumareh dengan menyifatkan status sebagai naturalisasi akan disanjung jika menang tetapi akan ‘dipijak’ selepas tewas.

sumber:- HM

“Kami rakyat Malaysia bila Menang, dianggap pendatang ketika kalah,” tulis Liridon di Story Instagram miliknya.