sukan

Sah di ganti slot

Semua pasukan Liga Super akan mengisi slot saingan Piala Malaysia 2022 termasuk tempat yang dikosongkan Melaka United FC.

Keputusan itu dicapai Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) susulan ketiadaan Melaka United musim ini akibat kegagalan menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai.

Melaka sedang menduduki tempat kesembilan Liga Super 2022 dan tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan Piala Malaysia 2022.

Maka pasukan pengganti harus dipilih daripada Liga Super untuk mengekalkan bilangan 11 pasukan Liga Super dan lima pasukan Liga Perdana dalam pertandingan Piala Malaysia 2022.

“Semua pasukan Liga Super kecuali Melaka akan memperolehi slot Piala Malaysia 2022,” kata MFL dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

Sebagai rekod, 11 pasukan Liga Super itu adalah Johor Darul Ta’zim, Sabah FC, Negeri Sembilan FC, Terengganu FC, Kedah Darul Aman FC dan KL City FC.’

sumber:- BH

Selain itu, Sri Pahang FC, Selangor FC, PJ City FC serta dua pasukan tercorot iaitu Sarawak United dan Penang FC .