sukan

Syihan diintai kelab dari negara jiran

Pujian melangit bak ‘superstar’ yang kini menghujani penjaga gol Harimau Malaya, Syihan Hazmi langsung tidak membuatkan dirinya ‘besar kepala’ atau lupa diri.

Menurut pemain berusia 26 tahun itu, dia tidak mahu peminat terlalu mengagungkan dirinya apabila sebaliknya memohon kiriman doa untuknya terus beraksi baik dalam setiap perlawanan.

“Apa yang Syihan nak cakap Alhamdulillah bersyukur. Yang pujian itu tak perlu sangat. Apa yang Syihan nak cuma doa saja.

“Pujian itu biasa-biasa saja, Syihan nak doa yang baik-baik untuk pasukan, untuk diri Syihan dan pasukan kebangsaan itu sahaja,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), di Sepang, malam tadi selepas pulang ke tanahair bersama pasukan dari Chiang Mai, Thailand.

Sepanjang dua aksi di saingan Piala Raja Thai di Chiang Mai itu, penjaga gol Negeri Sembilan FC itu berjaya menunjukkan aksi cemerlang apabila hanya dibolosi sekali dalam masa sebenar ketika diikat Thailand 1-1 dan seri tanpa jaringan dengan Tajikistan.

Malah, anak jati kelahiran negeri Kelantan itu cukup tangkas menidakkan satu sepakan penalti Thailand untuk menang 5-3 dalam penentuan penalti bagi membawa pasukan ke final bertemu Tajikistan, yang turut diheret ke sepakan penalti dimenangi lawan 0-3.

“Pujian itu kita ambil untuk membakar semangat kita lagi untuk terus maju. Apa yang Syihan perlu, ialah menjadi lebih baik lagi dan perbaiki apa yang kurang,” katanya lagi.

Sementara itu, ditanya mengenai kemungkinan dirinya ‘dirisik’ kelab Thailand, Syihan mengakui sedia mempertimbangkan sekiranya ada tawaran.

sumber:-HM

“Buat sekarang Syihan hanya fokus untuk pasukan sekarang bersama Negeri Sembilan, tetap dengan Negeri Sembilan cuma nak buat keputusan belum ada lagi. “InsyaAllah (pertimbangkan tawaran untuk cuba cabaran lain), yang itu Syihan tak pasti, yang itu ejen Syihan yang berurusan,” katanya.