sukan

JDT akhirnya perjelas cerita sebenar isu perpindahan Atiq

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin menjelaskan bahawa tiada tawaran telah dibuat kepada pemain Terengganu FC II, Muslihuddin Atiq Mat Zaid.

JDT sedang dalam perbincangan dengan beberapa pemain luar negara dan berkemungkinan akan menandatangani seorang pemain tempatan, tetapi pemain tersebut bukanlah Atiq.

sumber: FB JDT

Kami terkejut dengan berita tentang tawaran yang sudah dilakukan kepada Atiq. Kami juga tertanya-tanya dari mana Atiq mendapat tawaran tersebut kerana tiada walau seorang pun staf teknikal termasuk saya selaku Pengarah Teknikal atau Martin Prest, Pengarah Sukan telah membuat tawaran kepada pemain tersebut. Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim