sukan

Pelik tetapi itulah realiti

Pelik tetapi itulah realiti apabila pemain Sarawak United dilihat beraksi lebih baik apabila berdepan masalah tunggakan gaji berbanding selepas gaji di selesaikan.

Pengendali Sarawak United, S Balachandran berkata, pemainnya sudah memperagakan aksi terbaik meskipun dib3lasah 5-0 oleh Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras, malam semalam.

Walaupun beraksi baik, namun bekas penolong jurulatih skuad Harimau Malaya itu mengakui KL City lebih menyengat daripada anak didiknya.

Saya rasa masa isu (tunggakan gaji) kita bermain lagi bagus, sekarang pun main bagus. Saya fikir isu tidak mempengaruhi persembahan pemain.

Pemain bermain dengan baik. Maksud saya jika anda melihat kepada penguasaan bola, peluang dan meny3rang, ia seakan hampir sama dengan pasukan KL City.

“Dalam Liga Malaysia ini saya rasa setiap pasukan standard lebih kurang sama, tak banyak beza. Macam KL City sebelum ini kalah dengan Penang FC dan hari ini (semalam) menang,” katanya.

Dalam aksi itu, tonggak tengah tuan rumah, Ryan Lambert melakar hatrik masing-masing pada minit 29, 41 dan 53.

sumber:- HM

Manakala dua lagi gol disumbangkan ketua pasukan, Paulo Josue di minit 28 dan Jordan Mintah minit 85