sukan

JDT menang bergaya benam Negeri Sembilan

Johor Darul Ta’zim (JDT) di ambang menjulang kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut selepas mudah memb3lasah Negeri Sembilan FC 5-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Apapun skuad kendalian Hector Bidoglio perlu menanti keputusan penuh membabitkan aksi Terengganu FC menentang Sabah FC di Stadium Sultan Mizan di Gong Badak yang bermula lewat tatkala dan berharap kemenangan memihak skuad kendalian Nafuzi Zain bagi memastikan skuad Harimau Selatan berpesta menjuarai saingan liga elit domestik.

Pada perlawanan itu, JDT terpaksa beraksi tanpa kelibat striker prolifik,Fernando Forestieri yang di gantung satu perlawanan tidak menjejaskan rentak permainan skuad Harimau Selatan apabila menguasai perlawanan menerusi corak `high pressing’ sebaik aksi bermula menentang skuad kendalian K Devan.

Peluang terbaik JDT membuka tirai jaringan hadir pada minit ke-11 apabila bola hantaran ke belakang Akhyar Rashid gagal dirembat bola dengan tepat oleh Bergson da Silva yang berada di posisi terbaik untuk menjaringkan gol.

Akhyar yang diturunkan bagi menggantikan Forestieri pada perlawanan itu tampak bertungkus lumus membvru gol pertama namun bola rembatan leret di dalam kotak penalti pada minit ke-18 hanya sipi di sebelah kanan gawang Negeri Sembilan FC.

Penjaga gol Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed menjadi penghalang JDT dalam usaha mencipta gol pada minit ke-29 apabila menepis bola sepakan percuma Leandro Velazquez yang tepat menuju ke penjuru kanan gol.

Pelawat yang sekali sekala melancarkan s3rangan mengundang cemas buat tuan rumah pada minit ke-31 apabila Zaquan Adha Abd Radzak yang menerima bola lorongan A Selvan merembat bola menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias tapi pengadil perlawanan Mohd Fusser Mad Salleh membatalkan gol selepas Zaquan Adha berada di posisi ofsaid.

Bermula dengan gerakan pantas Bergson pada minit ke-35 yang sempat melorongkan bola kepada Velazquez bertindak pantas menolak di posisi kiri menyaksikan Arif Aiman bijak menyusup masuk ke dalam kotak penalti sebelum merembat bola kencang tepat ke penjuru kanan menewaskan Ahmad Syihan.

Selang dua minit kemudian, Negeri Sembilan FC terkedu dengan gol kedua JDT selepas Velazquez yang mengambil sepakan percuma dari jarak 25 meter melakukan sepakan lencong tepat ke penjuru kanan menewaskan Ahmad Syihan.

Memasuki babak kedua, berpunca daripada kesilapan pemain pertahanan Negeri Sembilan FC, Nasrullah Haniff Johan yang cuba mengumpan bola kepada Zulkhairi Zulkefly pada minit ke-49 menyaksikan Ariff Aiman pantas merampas bola dan hanya berdepan dengan Ahmad Syihan mudah menolak masuk untuk mencetak gol kedua peribadi bagi meletak skuad Harimau Selatan selesa dengan kedudukan 3-0.

JDT terus menambah derita skuad Hobin Jang Hobin apabila dirobek lagi oleh barisan serangan skuad Harimau Selatan pada minit ke-61 selepas gerakan yang dimulakan oleh Arif Aiman bijak memperdayakan Khair Jones sebelum menolak bola ke belakang buat Bergson yang tidak dikawal merembat bola leret menewaskan Ahmad Syihan.

sumber:- HM

Ternyata JDT enggan beri muka kepada Negeri Sembilan FC apabila terus menambah jaringan kelima pada perlawanan itu pada minit ke-88 selepas Bergson mencetak gol kedua peribadi dan mengumpul 24 gol pada saingan liga apabila menerima bola umpanan pemain gantian Mohamadou Sumareh yang melengkap kemenangan bergaya tuan rumah menewaskan pasukan pelawat 5-0 pada perlawanan itu.