sukan

Malaysia berjaya benam Palestin

Skuad bawah 16 (B-16) tahun negara memulakan kempen kelayakan Piala Asia B-17 2023 dengan langkah kanan apabila memb3lasah Palestin 4-0, sebentar tadi.

Pada aksi sulung Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Pakansari, Bogor, Indonesia, anak buah Osmera Omaro terpaksa menunggu hingga minit ke-50 untuk berada di depan hasil jaringan Anjasmirza Saharudin.

Jaringan itu jelas membangkitkan semangat barisan pemain muda negara apabila mereka menambah jaringan kedua pada minit ke-68 menerusi penyudah Faris Danish Mohd Asrul.

Arami Wafiy Mohamad Zakimi kemudian mengukuhkan kedudukan dengan meledak gol ketiga pada minit ke-74, sebelum Zainurhakimi Zain Azraii melengkapkan kemenangan bergaya skuad negara apabila menyumbang gol keempat ketika perlawanan berbaki tiga minit.

Malaysia akan meneruskan saingan kelayakan berdepan Guam pada Rabu ini sebelum men3ntang Emiriah Arab Bersatu (7 Oktober) dan tuan rumah, Indonesia (9 Oktober).

sumber:- BH

Menurut format pertandingan, 10 juara kumpulan dan hanya lima naib juara terbaik akan layak ke Piala Asia B-17 2023.