sukan

Faktor NSFC kalah teruk dengan JDT

Pengendali Negeri Sembilan FC, K Devan tetap optimis kedudukan kedua saingan Liga Super masih mampu digapai biarpun mengalami kekalahan terus selepas dibelasah Johor Darul Ta’zim (JDT) 0-5 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Devan yang ditemui berkata, kekalahan kepada JDT sudah dijangka memandang Negeri Sembilan FC beraksi menentang pasukan terbaik dan berpengalaman bermain di peringkat Liga Juara-Juara Asia (ACL) sedang pasukan yang dibimbingnya baru semusim di pentas liga elit domestik.

Tambahnya, kedudukan tempat kedua kini menjadi buruan bukan sahaja Negeri Sembilan malah membabitkan Terengganu FC dan Sabah FC malah ia pasti menarik tatkala ketiga-tiga pasukan akan beri yang terbaik pada penghujung saingan liga

“Ia kita tewas tapi belum penamat untuk kami mengejar kedudukan tangga kedua liga dalam usaha memburu slot ke pentas Piala AFC dan ia masih terbuka dan harus rebut peluang itu tatkala berbaki tiga lagi perlawanan sebelum mengakhiri saingan liga.

“Baki tiga perlawanan itu apabila kita akan menentang Kedah (Darul Aman FC), Melaka United dan kedua perlawanan itu di gelanggang sendiri dan aksi terakhir menentang Sri Pahang FC di tempat lawan dan sudah tentu kami akan bermain secara terbuka dan high pressing.

“Saya sengaja tidak menurunkan beberapa pemain utama kerana mahu merehatkan mereka bagi persiapan pada baki tiga perlawanan yang bakal ditempuhi. Selain ada sekurang-kurangnya tujuh pemain yang sudah mengumpul dua kad kuning seperti Yasir Pinto dan Leandro,” katanya.

Devan juga menegaskan eksperimen membawa masuk A Selvan beraksi dalam kesebelasan tampak kurang menjadi selepas pemain itu tampak kekok dan gagal beraksi dengan baik menyebabkan dia kerap kehilangan bola sehingga mudah buat pemain JDT merampas bola.

Beliau juga tidak menafikan momentum permainan Negeri Sembilan FC tampak menurun selepas mengharungi tempoh rehat selama hampir dua minggu daripada perlawanan kompetitif yang menjejaskan konsistensi permainan barisan pemainnya.

sumber:-HM

“Nasrullah (Haniff Johan) yang tidak beraksi hampir tiga minggu selepas pulih daripada kec3deraan tidak bermain dengan baik malah Saiful (Ridzuwan Selamat) juga mengalami masalah yang sama dan semua ini menjadi punca utama kita tidak beraksi dengan baik dan bukan gagal beri tentangan,” kata Devan