sukan

Malaysia terpaksa beraksi di Stadium kosong

Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan akan menamatkan baki tiga perlawanan Kumpulan B saingan Kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Bogor, Indonesia di stadium kosong, susulan insid3n rvsuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang, baru-baru ini.

Ia selepas Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengumumkan semua aksi Kumpulan B terdiri daripada pasukan tuan rumah, Malaysia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Palestin dan Guam di Stadium Pakansari di Cibinong akan dilangsungkan tanpa kehadiran penonton.

Keputusan itu dibuat sebagai menghormati pihak terkesan dengan trag3di berd@rah yang meng0rbankan lebih 125 orang dalam rvsuhan selepas pert3mbungan ‘derby Jawa Timur’ antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, Sabtu lalu.

“Dengan ini, Kualifikasi Piala Asia U17 2023 rasmi dilaksanakan tanpa penonton. Sistem ‘refund’ (bayaran balik) akan dibuat bagi yang sudah (kepada mereka yang telah) membeli tiket,” menurut hantaran Facebook rasmi PSSI, hari ini.

Skuad B-16 kebangsaan kendalian Osmera Omaro bermula cemerlang di Bogor selepas membenam Palestin 4-0 pada aksi pembukaan, Sabtu lalu dan dijadual bertemu Guam (5 Oktober) diikuti UAE (7 Oktober) dan Indonesia pada 9 Oktober.

sumber:- HM

Hanya 10 juara kumpulan dan lima naib juara terbaik layak ke Piala Asia B-17 2023.