sukan

Pengurus TFC jawab mengenai status Nafuzi

Pengurus Terengganu FC (TFC), Mohd Fadhil Wahab menjelaskan keputusan sama ada ketua jurulatih, Nafuzi Zain kekal membimbing skuad Penyu itu ataupun sebaliknya pada musim depan belum dipastikan lagi.

Katanya, keputusan muktamad berhubung perkara itu bakal diumumkan Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd yang dipengerusikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Namun beliau berkata, tarikh dan di mana pengumuman mengenai status jurulatih itu belum dipastikan lagi kerana saingan Liga Super masih berbaki tiga perlawanan lagi manakala pentas Piala Malaysia belum lagi membuka tirainya.

Mengenai lanjutan kontrak jurulatih itu (Nafuzi), ianya terserah kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah TFC Sdn Bhd, sayapun tidak boleh nak bagi reaksi apa-apa.

Perancangan jurulatih itu (Nafuzi) membimbing TFC ataupun sebaliknya musim depan juga belum dipastikan lagi kerana belum diputuskan lagi disebabkan masih berbaki tiga perlawanan lagi dalam Liga Super selain Piala Malaysia belum lagi membuka tirainya.

“Mengenai kenyataan Nafuzi sebelum ini yang membayangkan akan berhijrah bersama pasukan lain itu pandangan peribadinya untuk beliau kembangkan lagi kariernya, mana-mana jurulatih pun macam tu,” katanya ketika ditemui di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Ketika ditanya situasi terkini dalam kem pasukan selepas kontroversi yang melanda jurulatih muda itu selain ‘perebutan’ lima pasukan untuk mendapatkan khidmat pemain sayap, Mohd Faisal Halim, beliau menjelaskan semuanya berada dalam keadaan baik.

Sebelum ini banyak kontr0versi pemain dan jurulatih, tapi itu tidak menjadi halangan untuk kita teruskan momentum kemenangan, lagipun perkara sebegini biasalah dalam pasukan mana-manapun, tapi pemain dapat mengawal situasi berkenaan.

Dalam kem pasukan pun semuanya harmoni dan tiada sebarang masalah, petunjuknya apabila pemain beraksi dengan cemerlang ketika menentang Sabah FC, jika ada sesuatu mesti ada sebabnya, kesungguhan pemain terserlah, katanya yang meletakkan harapan yang tinggi baki tiga perlawanan lagi berakhir dengan kemenangan walaupun semuanya beraksi di tempat lawan bagi memastikan impian ke pentas Asia berhasil.

sumber:- HM

Terdahulu Nafuzi menyerahkan kedudukannya kepada pihak pengurusan TFC Sdn Bhd sama ada kekal ataupun sebaliknya selepas sehingga kini masih belum menerima lanjutan kontrak daripada pasukan itu berbanding Mohd Faisal yang sudah menerima tawaran lanjutan kontrak minggu lalu.