sukan

Syarat Faisal Halim untuk kekal di TFC

PEMAIN sayap lincah Terengganu FC (TFC), Faisal Halim tetap fokus untuk membawa pasukannya ke final Piala Malaysia dan pentas Piala Konfederasi Asia (AFC) musim depan meskipun masih berteka-teki mengenai statusnya bersama gergasi Pantai Timur itu.

“Azam saya untuk membawa TFC ke Piala AFC musim depan, jika rezeki tiada lagi di Terengganu selepas ini, saya anggap itu sumbangan besar sebagai pemain.

“Penghijrahan saya nanti bukanlah disebabkan gaji lebih besar, tetapi pihak pengurusan lebih tahu apa yang mereka inginkan,” katanya.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu meletakkan syarat untuk kekal bersama skuad Penyu jika khidmat Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain disambung musim depan, namun sehingga kini pihak pengurusan TFC masih belum memutuskan perkara berkenaan.

Pemain berusia 24 tahun itu berkata, beliau telah menerima lima tawaran termasuk daripada Selangor FC dan TFC yang berminat mendapatkan khidmatnya bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Menurut Faisal, syarat yang diberikannya mengambil kira beberapa faktor termasuk mengenang jasa pengendali muda itu yang telah menaikkan namanya dalam arena bola sepak negara.

sumber:-SH

“Saya selesa dengan mereka, sekiranya mereka tiada di sini, lebih baik saya mencari pengalaman baharu bersama jurulatih dan kelab baharu,” katanya yang dijangka mengumumkan pasukan baharunya selepas perlawanan terakhir saingan Piala Malaysia. – Bernama