Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon kini berpeluang memiliki alternatif lain bagi mempertajam ‘taring’ Harimau Malaya selepas dua pemain import KL City FC kian hampir menjadi warganegara Malaysia.
Dua pemain terbabit masing-masing pemain tengah, Paulo Josue, 33, dan peny3rang, Romel Morales, 25, sedang dalam usaha untuk memperoleh kad pengenalan sekali gus bakal bertukar status sebagai pemain tempatan.
Jika proses terbabit berjalan lancar, kehadiran dua pemain ini pasti mampu mengukuhkan jentera tengah dan s3rangan Harimau Malaya sekiranya Pan Gon berminat untuk memberi peluang kepada dua pemain skuad ‘Warga Kota’ itu.
Perkembangan itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa yang menjelaskan permohonan Josue untuk mendapatkan status kewarganegaraan terlebih dahulu diikuti Morales iaitu masing-masing pada bulan ini atau November.
Nokman berkata, dua pemain terbabit sudah mencukupi tempoh lima tahun berturut-turut pada penghujung tahun ini beraksi bersama KL City FC jika dinilai berdasarkan kepada kriteria utama.
“Bagi saya, Josue adalah pemain tengah terbaik di Malaysia. Tanpa dia, saya tidak fikir KL City FC boleh pergi jauh. Kerana dia, kita berada di tempat kita hari ini.
“Kita akan mulakan dulu dengan Josue kerana Morales belum lagi lengkap lima tahun di sini. Tiada isu kerana Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi komitmen yang tinggi untuk membantu kita dengan proses ini,” kata Nokman.
Sebagai rekod, Josue yang juga kapten KL City FC sudah beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) dan tampil dalam 81 perlawanan dengan menjaringkan 29 gol.
Morales pula menyertai KL City FC pada 2021 namun sudah berkelana dalam saingan tempatan sejak 2018 bermula dengan PKNS FC.
Terdahulu, rayuan Sri Pahang FC untuk mendaftarkan pemain naturalisasi Lee Tuck, 34 dan Sergio Aguero, 28, sebagai pemain tempatan dalam Liga Malaysia 2022 telah diluluskan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
sumber:-BH
Setakat ini, skuad negara sudahpun memiliki tiga ‘Harimau Import’ iaitu Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula.