sukan

Pintu masih terbuka

Kekalahan 0-5 kepada Johor Darul Ta`zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu lalu, belum menutup peluang Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk mendapatkan slot ke saingan Piala AFC, musim depan.

Sebaliknya, ia masih terbuka buat skuad Hobin Jang Hobin biarpun kedudukan mereka dalam carta Liga Super ketika ini sudah berubah kepada tempat keempat selepas dipintas Terengganu FC (TFC).

Peny3rang muda Negeri Sembilan, Sean Eugene Selvaraj mengakui terkilan kerana gagal membantu pasukannya untuk mendapatkan mata daripada perlawanan itu.

Justeru, dia dan rakan tekad bangkit bagi mendapatkan kemenangan pada baki tiga perlawanan iaitu bermula dengan aksi menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Jumaat ini.

“Kami akan berhadapan dengan tiga aksi terakhir bermula dengan Kedah dan menentang Melaka United FC di laman sendiri pada 11 Oktober serta bertemu Sri Pahang FC di Kuantan, pada 15 Oktober.

“Kami perlu menang dalam ketiga-tiga perlawanan berkenaan dan menamatkan saingan musim ini dalam kelompok tiga pasukan teratas carta sekali gus memastikan peluang bersaing di Piala AFC musim depan tercapai.

“Memang ia suatu cabaran besar buat kami, namun tiada jalan lain kecuali kami perlu bekerja keras menggandakan usaha bagi mendapatkan kemenangan terutama pada dua aksi di laman sendiri,” katanya di sini, hari ini.

Ketika ini, skuad bimbingan K Devan menduduki tempat keempat carta Liga Super dengan mengumpul 35 mata, berkongsi mata dengan TFC yang berada di tangga ketiga.

sumber:-HM

Juara Liga Perdana musim lalu itu hanya dibezakan satu mata dengan Sabah FC yang berada di tangga kedua liga.