sukan

Ranking Aaron-Wooi Yik melonjak

BERITA baik buat beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila melonjak di ranking keempat dunia sekali gus memintas idola mereka dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan.

Kejayaan muncul juara dunia di Tokyo, Jepun Ogos lalu mengubah kedudukan mereka daripada tangga kelima setelah mengumpul 90,328 mata.

Perubahan ranking itu dibuat menerusi kemaskini terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa.

Ahsan-Hendra yang tewas kepada pasangan negara di final Kejohanan Badminton Dunia 2022 jatuh di kedudukan kelima dunia dengan 89,495 mata.

Kedudukan keempat dunia itu menyaksikan ia pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik sejak digandingkan pada 2017.

“Terima kasih kepada semua yang berterusan memberi sokongan kepada kami,” ujar Aaron.Beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi mengekalkan status selaku gandingan nombor satu dunia apabila mengumpul 102,050 mata.

Pasangan Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo pula di kedudukan kedua dunia dengan 96,527 mata.

Juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin menghuni ranking nombor tiga dunia setelah mengumpul 96,098 mata.

Malaysia juga boleh berbangga apabila dua lagi beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei turut berada dalam kelompok 10 terbaik dunia masing-masing kekal di kedudukan nombor sembilan dan ke-10.

Ee Yi-Yew Sin yang juga pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia tahun lalu mengutip 72,490 mata, manakala Izzuddin-Sze Fei meraih 69,375 mata.

sumber:- SD

Dalam pada itu, Goh Jin Wei yang baru muncul naib juara Terbuka Vietnam kini memegang status selaku pemain perseorangan wanita nombor satu negara apabila menghuni tempat ke-44 dunia mengatasi S. Kisona di kedudukan ke-46 dunia.