sukan

FAM akan perhalusi laporan aksi tengang KDA FC, JDT

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti laporan komisioner dan pengadil perlawanan mengenai ins!den ketika aksi Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, semalam.

Aksi yang berkesudahan JDT menang 3-1 itu berlangsung agak tegang dengan beberapa insiden menyaksikan pemain kedua-dua pasukan bertelagah.

Malah, tindakan peny3rang JDT, Bergson da Silva menumbuk belakang pertahanan Kedah hingga menyebabkan dia dilayangkan kad merah turut mencuri perhatian, dengan beberapa pemain skuad Harimau Selatan menolak pengadil sebagai tanda protes.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S Sivasundaram, pihaknya akan melihat laporan terlebih dahulu dan akan mengambil tindakan sekiranya perlu.

“Saya belum lihat lagi laporan pengadil. Bagi saya lihat dulu dan kemudian baru kita fikir tindakan seterusnya,” katanya ringkas ketika dihubungi Arena Metro.

Walaupun beraksi dengan kekurangan pemain, skuad Harimau Selatan tetap meraih kemenangan hasil jaringan Bergson di minit ke-36, disusuli Leandro Velazquez (m-59) dan Safiq Fazail (m-78), manakala gol tunggal tuan rumah dijaringkan Ronald Ngah di minit ke-12.

Aksi kedua-dua pasukan sememangnya ‘panas’ dengan KDA FC berhasrat untuk mencalar rekod bersih JDT yang tidak pernah tewas dalam saingan Liga Super musim ini.

sumber:-HM

Selepas ini, skuad Harimau Selatan bakal berdepan Sri Pahang di Kuantan, Jumaat ini manakala KDA FC berkunjung ke Negeri Sembilan FC.